tips mengekalkan bibir merah-merahan


Bismillah hirohma nirohimmm & Assalamualaikum :)

harini nak share sedikit tips mengenai penjagaan bibir, kerana bibir merupakan hiasan wajah yg menjadi tarikan utama pada wajah kita. bibir jika tidak diberi penjagaan, bibir akan menjadi kering & kusam!

sebagai wanita yang sentiasa menjaga kecantikan, ayuh kita mengekalkan bibir yang sihat serta cantik 


bibir yang cantik menghasilkan senyuman yang manis *cewahh* :D


so ladies jom tinjau entry di bawah ^,^



[click untuk tumbesaran mendadak]


[click untuk tumbesaran mendadak]


[click untuk tumbesaran mendadak]

inginkan bibir kemerah-merahan yang gojes seperti ini ? cuba tips dibawah :D


first : 
Ambil dua titik madu lebah asli kemudian sapukan dua titik madu lebah asli pada seluruh bahagian bibir setiap malam sebelum para ladies tidur dan amalkan tips ini dengan melakukan setiap hari. 

second :
next tips cuba try sedikit getah pokok sena  haha! kemudian sapukan getah pokok sena yang berwarna merah tersebut ke tempat yang mengalami rekahan di bibir, lihat dalam masa dua hari luka rekahan di bibir itu pasti akan sembuh seperti biasa.

third :
Pati susu juga boleh dijadikan bahan untuk mengekalkan kemerahan bibir .Caranya para ladies sapukan pati susu pada bibir setiap hari dan biarkan ia kering dengan sendirinya. Insyallah bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan kelak.

jengg. . .jengg. . .jengggg and. . (•ˆ⌣ˆ•)


lastly :
bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk menghasilkan bibir lebih menawan dan kemerah-merahan.



p/s : selamat mencuba ladies-ladies and pasti keputusan yang sangat memuaskan akan anda perolehi jika tips yang diberi ini dimanfaatkan dengan baik. *peace* 

4 comments: